Dari Pengasas Anxionomo
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!
Selamat datang ke laman web Anxionomo, tempat asal produk ACV Probio yang menjadi harapan semua penderita penyakit Anxiety Disorder berpunca GERD atau Angin. Sebagai pengasas dan pencipta konten, pengalaman dan kisah hidup saya dalam bertarung dengan anxiety disorder yang berpunca daripada GERD telah menginspirasikan dan melahirkan brand Anxionomo. Misi kami mudah: Bantu rakan senasib dengan menawarkan harapan dan ilmu untuk melegakan jiwa dengan kaedah natural dan solusi yang efektif.
ACV Probio sebenarnya bukan sekadar produk; ia adalah komitmen kami untuk memastikan kesihatan anda kembali pulih sediakala. Menjalani hidup yang bebas daripada ketakutan dan kerunsingan melampau dan pada masa yang sama belajar cara memulihkan perut anda dan bertransformasi menjadi sumber kesihatan anda.
Sertai saya dan rakan rakan lain dalam pengembaraan kita untuk menakluk anxiety disorder, memulihkan kesihatan fizikal dan minda anda, mengembalikan sinar masa hadapan anda! Bersama-sama, kita tinggalkan penyakit ini selamanya.
Insya-Allah, Anxionomo… Anxiety No More!
Azraie Azahari (Rejim)
Sesi Konsultasi Peribadi
Hidup dengan penyakit angin, sebu perut atau dikenali dengan nama Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) and akibat dari penyakit tersebut anda dihinggapi penyakit kerunsingan, ketakutan dan kebimbangan melampau atau dikenali dengan nama Anxiety Disorder memang sungguh mencabar dan untuk mencari seseorang yang sebenar-benar faham masalah dan perjuangan anda sehari hari adalah hampir mustahil. Alangkah baiknya jika ada? pasti ia akan merubah seluruh situasi hidup anda bukan?
Sebagai seorang yang secara peribadi telah mengharungi kehidupan yang rumit akibat penyakit yang sama dengan anda selama bertahun-tahun dan tiada siapa yang membantu dan akhirnya berjaya pulih dengan kaedah dan rawatan yang diformulasikan sendiri. Saya disini akan cuba membantu anda dengan pengalaman dan pengetahuan saya supaya tempoh penderitaan anda menjadi paling sesingkat yang boleh.
Saya adalah seorang bekas pesakit Anxiety Disorder yang berpunca daripada GERD yang telah meluangkan tahun tahun berlalu mempelajadi kaedah menangani GERD dan Anxiety. Pengalaman saya sebagai seorang yang pernah bekerja dalam menjaga 13 buah klinik yang mengamalkan integrated medicine dan kemudiannya 3 tahun dalam fakulti perubatan di sebuah universiti tempatan yang terkenal dan banyak melahirkan pakar pakar perubatan di Malaysia ini telah memberi banyak ilmu yang praktikal dan sangat berharga dalam menstrategikan kaedah menangani penyakit ini. Walaupun begitu, saya bukanlah seorang pengamal perubatan yang bertauliah, tidak ada sebarang kredibiliti untuk bercakap pasal medikal, kesihatan mental atau diet dan pengalaman yang saya timba daripada pekerjaan dan hubungan baik dengan ramai doktor-doktor pakar tidak akan menjadikan saya seorang doktor. Namun itu tidak menghindarkan saya untuk mencapai impian saya untuk melihat anda kembali sihat dan pengalaman dan pendapat inilah yang saya ingin kongsikan dengan anda.
Anda bersedia untuk menakluk penyakit GERD dan ANXIETY anda? Tempah satu sesi berbual dengan saua dan kita mulakan perjalanan kita bersama untuk sembuh dan kembali sihat sediakala. Tempah tarikh yang sesuai untuk anda melalui proses dibawah:
Anda bersedia untuk menakluk penyakit GERD dan ANXIETY anda? Tempah satu sesi berbual dengan saua dan kita mulakan perjalanan kita bersama untuk sembuh dan kembali sihat sediakala. Tempah tarikh yang sesuai untuk anda melalui proses dibawah:
Apa anda akan dapat?
Sesi Peribadi
Setiap sesi ini akan memberi ruang anda berkongsi dan bercerita kisah anda dan kita akan bersama sama mengenalpasti simtom dan target yang akan kita buru untuk menyembuhkan GERD dan anxiety anda dengan plan kesihatan khusus untuk anda sendiri.
Strategi Praktikal
Belajar teknik yang boleh terus diamalkan untuk meredakan anxiety, melegakan simtom GERD dan meningkatkan kesihatan tubuh secara keseluruhan. Daripada kaedah diet dan pengurusan stress, saya akan kongsikan nasihat berdasarkan pengalaman diri sendiri yang sebenar.
Sokongan Empati
Saya pernah melalui apa yang ada lalui. Tiada siapa akan judge anda. Sayalah teman anda yang anda boleh kongsikan segala cabaran anda dan bersama kita rumuskan kaedah penyelesaiannya. Atau anda sekadar nak ada orang mendengar anda. Itu juga adalah satu kelegaan apabila ada orang yang memahami anda sepenuhnya mendengar kisah anda.
Jadual Fleksibel
Dengan kemudahan teknologi, sesi ini boleh dilangsungkan secara live di rumah kita masing masing tanpa perlu bertemu dan bersemuka. Ini lebih memudahkan dan lebih selesa untuk anda sendiri.
Kenapa Anda Perlu Ambil Sesi Ini?
Belajar dari Pengalaman Saya
Pengalaman saya adalah yang paling mahal untuk dikongsikan. Dimana mana sahaja anda cari, anda akan hanya jumpa ubat ubatan dan cara merawat yang dikongsikan oleh orang yang tidak pernah sesaat dalam hidupnya melalui episod panik attack. Ini benda yang saya mahu kongsi dengan anda dan melihat bagaimana pengalaman kita boleh berkait.
Pendekatan Holistik
Dengan memahami isu mental dan fizikal pada seorang pesakit anxiety disorder yang berpunca dari GERD, saya boleh membantu anda menangani situasi hidup anda dengan lebih baik.






